Tuesday, October 26, 2010

TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU



Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk
membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal
(India).Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

NOOR ARFA BATIK TERENGGANU



Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.

PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU


Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.
Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian adalah salah satu pulau di Terengganu yang memiliki keindahan pantai yang sangat bersih dan menarik sekali.Air lautnya yang jernih membolehkan para pelancong dan pengunjung yang ke sana dapat melihat dan menikmati keindahan alam di dalam laut yang sangat cantik.Pantainya yang bersih dapat menarik lebih ramai lagi pelancong asing yang datang ke pulau ini.

Monday, October 25, 2010

MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH TERENGGANU

Dikenali sebagai 'Masjid Terapung', senibinanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari.Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu.Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini. Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.

AIR TERJUN SEKAYU

Air terjun Sekayu terletak kira-kira 22 kilometer dari pekan Ajil dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu yang pesat membangun dewasa ini. Perjalanan dengan kereta dari pekan itu ke Air Terjun Sekayu mengambil masa kira-kira setengah jam. Pengunjung akan menempuh perkampungan Melayu tradisional seperti Kampong Padang Setar, Kampong Sekayu dan Kampong Bukit Gemuroh.Kawasan hutan Sekayu yang dikenali ramai dengan jeram dan air terjun bertingkatnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Taman Pertanian Negeri Sekayu dan Hutan Lipur Sekayu.

burrpppp!!!

yuhuuuuuuuu!!